Thursday, March 18, 2010

......

Aku tak tau apa yang aku sedang rasa time ni. Kejap rasa ok kejap tak ok; yang mana satu pun aku tak tau...

Sejak akhir-akhir ini, sebenarnya aku banyak terasa rindu. Bila dikenangkan, tak tertanggung rasanya rinduku ini. Apakan daya ku, aku sering ketiadaan waktu. Walaupun itu hanya alasan, aku tau aku tak patut cakap macam tu. Tapi aku nak cakap jugak sebab aku tak tau nak bagi alasan apa lagi.

Bila rindu itu datang, berat dada aku rasakan. Semakin perlahan jantungku berdegup. Aku juga bertanya-tanya, adakah hanya aku yang merasa begini atau kita sama-sama merasa? Atau mungkin hanya aku yang masih menaruh harapan.....

imisualready!

Kadang-kadang aku marah diri aku sendiri. Kenapa perlu aku ikutkan perasaan hati aku ni. Tapi, apa salahnya kalau aku mahu terus menyimpan perasaan dan merasakan rindu aku ini? Ah....persetan dengan semua kata-kata liar dan tohmahan. Peduli apa aku. Korang cakap la apa pun...ada aku kisah?

Secara luarannya, memang tidak ada yang perasan bahwa aku sedang rindu. Tapi hanya AKU yang tahu betapa dalamnya rindu aku ni....betapa rapuhnya hatiku ini....betapa aku sedang terseksa. Aku tahu aku tak boleh nak salahkan sesiapa....kerana ini adalah pilihan jalanku. Tapi aku tahu....bahawa dia juga sedang merindukan aku.

iloveyoustill!

Aku akan kembali. Pulang membawa kemenangan (dialog Tiga Abdul).




Tunggu aku.

No comments: