Sunday, February 14, 2010

Hanya kau Bisa Mengerti

kerana kau terlalu istimewa; ku serahkan segalanya
kerana kau sangat kusayang; ku korbankan segalanya
kerana kau sangat ku kasih; ku ingin hidup denganmu
istimewanya dirimu kerana melengkapkan diriku
sayangnya aku padamu kerana menjadikan aku setia
kasihnya aku padamu kerana hanya kau bisa mengerti
semuanya kerana kau adalah ciptaan terhebat untuk diriku

pengertian kasih dan sayangku padamu tak bisa ku huraikan
biar saja kau lihat bila kau lihat mataku
biar saja kau rasa bila kau lihat kalbuku
biar saja kau tahu bila kau memahaminya

namun
saat ini tak lagi ku rasa kau ada
saat ini tak lagi ku rasa kau mengerti
saat ini tak lagi ku rasa kau rasa
betapa jauh ku rasa walau kau hadir depan mata
betapa sepi ku rasa walau kau masih di sini
betapa sunyi ku rasa walau ku dengar gurau sendamu
kerana aku tak tahu bagaimana perasaanmu
kerana aku tak tahu apa yang kau mau
kerana aku tak tahu apakah kau rasa apa yang ku rasa

walau seribu benci di hatimu aku tetap sayang padamu
walau seibu ragu di hatimu aku tetap percaya padamu
walau seribu sangsi di hatimu aku tetap selalu setia padamu
semakin kau jauh dariku semakin dekat kau di hatiku
semakin kau melupakanku semakin aku rindu padamu
semakin kau membenciku semakin kuat kasihku padamu
kerana aku tahu dihatiku hanya kamu
kerana kau dewa hatiku
kau ciptaan terhebat untukku


p/s: KisahCintaKlasik | I still got the blues for you


No comments: